Monday, May 25, 2009

ULASAN JURNAL

Tugasan:
Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan


Lakukan :
1)Perbandingan (persamaan & perbezaan)
2)Penganalisisan, penilaian
3)Rumusan & sintesis


Dari segi :
1)sampel
2)seting
3)prosedur kajian tindakan
4)pengumpulan & penganalisisan data


TAJUK JURNAL:

JURNAL 1:


Changes in Vision:
Teachers Engaging
in Action Research
by Susan Warren, Dan Doorn, and James Green
The Educational Forum, 72: 260-70, 2008

JURNAL 2:

Interactive or inactive? A consideration
the nature of interaction in whole class
teaching
Chris Burns* & Debra Myhill
Cambridge Journal of Education, Vol. 34, No. 1, March 2004

JURNAL 3:

Collaborative action research to develop the use of solution-focused
approaches
Jo Simm* and Rachel Ingram
Educational Psychology in Practice
Vol. 24, No. 1, March 2008, 43–53

PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)

1) SAMPEL

  • JURNAL 1: Graduan dalam program pendidikan
  • JURNAL 2: Guru dan pelajar
  • JURNAL 3: Murid

2) SETTING KAJIAN
  • JURNAL 1
  • kajian ini dijalankan di kampus Universiti Pacific Azusa yang terletak di selatan California.
  • JURNAL 2:
  • kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah
  • JURNAL 3
  • kajian ini dilakukan di 4 buah sek.rendah.

3) PROSEDUR

  • JURNAL 1:

1) Merancang untuk menjalankan kajian ke atas graduan dalam program pendidikan yang mengambil kursus "kajian tindakan".

2) Melaksanakan kajian yang telah dirancang.

3) Menilai perubahan terhadap graduan tersebut sama ada mereka mengaplikasikan atau tidak apa yang telah mereka pelajari dalam kursus kajian tindakan di dalam kelas.


  • JURNAL 2:

1) Merancang untuk menjalankan kajian ke atas guru berkenaan dengan proses pembelajaran secara interaktif di dalam klas.

2) Bertindak mengikut perancangan

3) Membuat siasatan sama ada apa yang dirancang dapat dilaksanakan atau tidak.

4) Membuat penilaian terhadap perancangan sama ada berjaya atau tidak kajian ini.


  • JURNAL 3:

1) Merancang

2) Bertindak

3) Memerhati

4) Membuat refleksi


4) PENGUMPULAN DATA


  • JURNAL 1:

1) Temubual secara individu
-
2) Teknik perbincangan dalam kumpulan
-
3) Hasil laporan yang ditulis oleh peserta


  • JURNAL 2
1) Rakaman video

2) Teknik pemerhatian

3) Teknik temubual

4) Pengumpulan hasil kerja pelajar

  • JURNAL 3
Teknik temubual


5) PENGANALISISAN DATA

  • JURNAL 1
Menganalisis data secara kualitatif dan kuantitatif, pre-test dan post test serta membuat perbandingan data dalam bentuk jadual.

  • JURNAL 2
Menganalisis data dalam bentuk jadual perbezaan dan pemerhatian.

  • JURNAL 3
Menggunakan teknik temubual

6) RUMUSAN KAJIAN

JURNAL 1:

Ianya membicarakan tentang kajian terhadap graduan dalam program/bidang pendidikan yang telah mengambil kursus kajian tindakan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kajian tindakan dapat mengubah cara mereka mengajar dan cara yang bagaimana untuk mereka mengukur proses pengajaran. Terdapat 73 orang sampel di dalam kajian ini. Proses merancang, melaksanakan dan merubah dilakukan untuk penambahbaikan. Hasilnya kajian ini dapat membuktikan bahawa kursus Kajian Tindakan yang telah di ambil oleh graduan bidang pendidikan membantu proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik dan aktif.

JURNAL 2:

Membicarakan mengenai kajian terhadap interaksi pelajar dan guru di dalam kelas. Terdapat perbezaan di antara penglibatan pelajar lelaki dan perempuan di dalam kelas. Pelajar perempuan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam perbincangan dua hala dengan guru berbanding pelajar lelaki. Proses kajian tindakan berlaku secara berterusan sehingga kelas menjadi aktif dengan penglibatan kesemua pelajar dan penambahbaikan adalah dari sudut pengajaran guru itu sendiri supaya proses pembelajaran dan pengajaran tidak membosankan.

JURNAL 3:

Membicarakan mengenai fokus utama dalam pendekatan terhadap pelajar adalah penyelesaian masalah. Teknik yang digunakan adalah temubual dan kerjasama dengan pelajar, guru, mesyuarat,kerja dalam kumpulan dan latihan. Selain itu proses kajian tindakan iaitu merancang, bertindak,memerhati dan mereflek dilakukan sehingga penambahbaikan berlaku.



PERSAMAAN

Ketiga-tiga jurnal ini mempunyai persamaan dari segi reka bentuk kajian tindakan iaitu:

1) ketiga-tiga jurnal adalah jenis kajian secara kolaboratif

2) ketiga-tiga jurnal adalah berasaskan perkara yang berlaku di dalam P&P


PENILAIAN KESELURUHAN


Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jurnal ini adalah jurnal kajian tindakan dalam pendidikan yang wajar dijadikan rujukan untuk bakal-bakal guru. Terutamanya teknik-teknik yang digunakan oleh oleh pengkaji dalam mengumpul dan menganalisis data.

1 comment:

  1. seronok baca ulasan ni..
    gaya penulisan yg cantik..
    secantik tuannye hehe

    ReplyDelete