NOTA MINGGU KETIGA (4 MEI 2009)
KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.
- Perubahan dalam pendidikan adalah tidak dapat dielakkan.
- perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
Namun dalam bidang pendidikan segala ketidakpastian mestilah dielakkan kerana ia akan mengakibatkan keruntuhan masa depan generasi muda.
Dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan adalah bersifat dinamik dan bukan statik.
JENIS PERUBAHAN
Mengikut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan.
- Perubahan ke arah peningkatan. Ianya memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru dan mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf.
- Perubahan strategik organisasi. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula misi, perubahan struktur dan strategi organisasi, mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.
- Perubahan reaktif. Akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).
- Perubahan akibat daripada jangkaan. Perubahan dilakukan kerana kesedaran dalam kalangan pengurusan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS
1) EVOLUSI
Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
2) REVOLUSI
Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
PERUBAHAN MULTIDIMENSI
Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:
1) tujuan perubahan
2) unit perubahan
3) sifat perubahan
4) magnitud perubahan
5) skop perubahan
6) jangka masa perubahan
MODEL-MODEL PERUBAHAN
- MODEL PENGGABUNGAN ROGER(1995)
- MODEL KANTER (1998)
- MODEL RAND (1973-1978)
- MODEL ACOT
No comments:
Post a Comment