Tuesday, May 12, 2009

NOTA MINGGU KEEMPAT (11 MEI 2009 )


Kajian eksperimental ialah kajian yang telah dilakukan tetapi tidak mempunyai penambahbaikan dalam kajian tersebut.

Kajian tinjauan ialah kajian yang dilakukan untuk mendapat input awal sebelum membuat intervensi.

Kajian tindakan pula dilakukan untuk penambahbaikan dalam sesuatu proses kajian.


KAJIAN KEPUSTAKAAN


Kajian kepustakaan ialah sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan serta dialkukan secara kritikal ke atas point-point.
Di dalam kajian kepustakaan terdapat 5 komponen penting iaitu:

1) membanding dan membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

2) menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa. ia merupakan satu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

3) menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

4) membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

5) sintesis

Menggabungkan idea, unsur, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete