Saturday, April 25, 2009

NOTA MINGGU PERTAMA (20 april 2009)




Apakah kajian tindakan yang saya faham??Setelah mendengar kuliah Dr.Hjh Siti Fatimah menerangkan mengenai konsep kajian tindakan pada hari isnin,20 April 2009..saya mula membina satu konsep kajian tindakan menurut kefahaman dan versi sendiri..

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu proses seseorang guru itu memperbaiki proses P&P berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan data-data mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam proses P&P. Setelah proses pemerhatian dan pengumpulan data-data dilakukan, langkah seterusnya adalah memikirkan bagaimanakah cara untuk menangani masalah itu menggunakan pelbagai pendekatan. Pendekatan yang digunakan adalah untuk penambahbaikan dalam usaha memperbaiki proses P&P. Ini adalah bagi melahirkan guru yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah khususnya dalam bilik darjah dan sekolah amnya. Kajian ini merintiskan guru sebagai penyelidik.

Selain itu, kajian tindakan ini mempunyai gelungan atau kitaran tertentu yang terdiri daripada proses:

merancang ----> bertindak ----> memantau ----> refleksi

proses ini berterusan sehingga tercapainya matlamat yang diinginkan oleh guru.


JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

1) INDIVIDU

-Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu atau masalah di dalam kelas


2) KOLABORATIF

- Melibatkan lebih daripada dua orang, contohnya guru bekerjasama dengan guru yang lain dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek dan kerjasama guru dengan pihak luar. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH

-Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat sekolah.

4) DAERAH

- Guru bekerjasama dalam satu organisasi yang melibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat daerah.


TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

1) Membantu guru menambah baik proses P&P

2) Penggunaan kaedah baru dalam proses P&P

3) Membina kemahiran dalam melakukan penyelidikan

4) Jika dilakukan secara kolaboratif, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

Contohnya saya ingin mengkaji berkenaan pelajar yang lemah dalam membaca al-Quran. Maka guru akan membuat perancangan dengan membahagikan pelajar dua kumpulan. Guru akan bertindak dengan memberi tumpuan yang lebih terhadap kumpulan pelajar yang lemah dalam membaca al-Quran seperti dengan mengadakan kelas pemulihan. Kemudian guru akan memantau pelajar tersebut dari semasa ke semasa. Seterusnya guru membuat refleksi samaada berkesan atau tidak pendekatan yang telah digunakan. Sekiranya tidak berkesan, guru perlu mengulangi keempat-empat proses sehingga berjaya dengan menambahbaik dan mengubahsuai pendekatan.





No comments:

Post a Comment