5 kumpulan yang terpilih telah membentangkan proposal kajian tindakan.
1) Tajuk kajian: Kaedah ilustrasi kartun bagi meningkatkan minat pelajar kepada subjek sejarah
2) Tajuk kajian: Kaedahaktiviti luar kelas (puisi dan pencarian harta karun) dalam meningkatkan minat dan penghayatan pelajar kepada kesusasteraan melayu.
3) Tajuk kajian: Kaedah penggunaan lagu dalam menguasai kata kunci.
4) Tajuk Kajian: Kaedah latihan bagi meningkatkan kemahiran menyanggol bola dalam sukan bola tampar.
5) Tajuk kajian: Kaedah smart reader, nyanyian, peer teaching dan CO dalam meningkatkan kemahiran cara pertuturan dan sebutan.
Pada kuliah kali ini, Puan Sakinah telah menerangkan mengenaipengumpulan data. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk mengumpul data namun ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian itu.
3 sebab kenapa kita perlu mencapai kualiti yang tinggi dalam sesuatu kajian:
1) Tanggungjawab kepada pelajar
2) Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
3) Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara yang bermanfaatseperti menambah ilmu pengetahuan dengan melakukan penyelidikan tindakan.
Ketiga-tiga sebab tersebut memerlukan ketelitian yang tinggi.
KRITERIA KUALITI
Kriteria di dalam mencari kualiti sesuatu kajian adalah serupa dengan kriteria jenis penyelidikan yang lain.
2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti adalah kesahandan kebolehpercayaan
Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan
KESAHAN
Merujuk kepada kebenaran data
Untuk mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
KEEBOLEHPERCAYAAN
Berkaitan dengan ketepatan data.
Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data yang diambil dari sampel yang terlalu kecil
Untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya "adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?" dan "bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data.
Cycle Action Research
MENGUMPUL DATA
Jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif
Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir
AKTIVITI 2
Cari partner dan buat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban merangkumi apa, kenapa, bagaimana dan prosedur. Kemudian dibentangkan di hadapan kelas.
1) Norbasirah Saodi 2) Samini Bianus
Tajuk: Meningkatkan Kemampuan Menulis Mahasiswa Program Studi Bahasa Inggeris FKIP UNRI melalui Pembelajaran Koperatif STAD Pembentang: Novitri Sesi Selari 4C (2-4pm) Tempat: Sri Menanti
AKTIVITI 3
Bentuk kumpulan terdiri daripada 5 orang berlainan pengkhususan dan buat satu proposal kajian tindakan. Fikirkan satu tajuk yang sesuai untuk proposal tersebut dan hantar pada 28 Mei 2009.
Ahli-ahli kumpulan ialah :
Najwa Hayatee (Bio)
Norfaizah (Bio)
Halina (PI)
Norbasirah (PI)
Nor Afsah (PI)
Tajuk : Meningkatkan Penguasaan Penghafalan Dhomir Dalam Bahasa Arab Dengan Menggunakan teknik berlagu di Kalangan Pelajar Tahun 2.
Tugasan: Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan
Lakukan : 1)Perbandingan (persamaan & perbezaan) 2)Penganalisisan, penilaian 3)Rumusan & sintesis Dari segi : 1)sampel 2)seting 3)prosedur kajian tindakan 4)pengumpulan & penganalisisan data
TAJUK JURNAL: JURNAL 1:
Changes in Vision: Teachers Engaging in Action Research by Susan Warren, Dan Doorn, and James Green The Educational Forum, 72: 260-70, 2008
JURNAL 2:
Interactive or inactive? A consideration the nature of interaction in whole class teaching Chris Burns* & Debra Myhill Cambridge Journal of Education, Vol. 34, No. 1, March 2004
JURNAL 3:
Collaborative action research to develop the use of solution-focused approaches Jo Simm* and Rachel Ingram Educational Psychology in Practice Vol. 24, No. 1, March 2008, 43–53
PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)
1) SAMPEL
JURNAL 1: Graduan dalam program pendidikan
JURNAL 2: Guru dan pelajar
JURNAL 3: Murid
2) SETTING KAJIAN
JURNAL 1
kajian ini dijalankan di kampus Universiti Pacific Azusa yang terletak di selatan California.
JURNAL 2:
kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah
JURNAL 3
kajian ini dilakukan di 4 buah sek.rendah.
3) PROSEDUR
JURNAL 1:
1) Merancang untuk menjalankan kajian ke atas graduan dalam program pendidikan yang mengambil kursus "kajian tindakan".
2) Melaksanakan kajian yang telah dirancang.
3) Menilai perubahan terhadap graduan tersebut sama ada mereka mengaplikasikan atau tidak apa yang telah mereka pelajari dalam kursus kajian tindakan di dalam kelas.
JURNAL 2:
1) Merancang untuk menjalankan kajian ke atas guru berkenaan dengan proses pembelajaran secara interaktif di dalam klas.
2) Bertindak mengikut perancangan
3) Membuat siasatan sama ada apa yang dirancang dapat dilaksanakan atau tidak.
4) Membuat penilaian terhadap perancangan sama ada berjaya atau tidak kajian ini.
JURNAL 3:
1) Merancang
2) Bertindak
3) Memerhati
4) Membuat refleksi
4) PENGUMPULAN DATA
JURNAL 1:
1) Temubual secara individu - 2) Teknik perbincangan dalam kumpulan - 3) Hasil laporan yang ditulis oleh peserta
JURNAL 2
1) Rakaman video
2) Teknik pemerhatian
3) Teknik temubual
4) Pengumpulan hasil kerja pelajar
JURNAL 3
Teknik temubual
5) PENGANALISISAN DATA
JURNAL 1
Menganalisis data secara kualitatif dan kuantitatif, pre-test dan post test serta membuat perbandingan data dalam bentuk jadual.
JURNAL 2
Menganalisis data dalam bentuk jadual perbezaan dan pemerhatian.
JURNAL 3
Menggunakan teknik temubual
6) RUMUSAN KAJIAN
JURNAL 1:
Ianya membicarakan tentang kajian terhadap graduan dalam program/bidang pendidikan yang telah mengambil kursus kajian tindakan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kajian tindakan dapat mengubah cara mereka mengajar dan cara yang bagaimana untuk mereka mengukur proses pengajaran. Terdapat 73 orang sampel di dalam kajian ini. Proses merancang, melaksanakan dan merubah dilakukan untuk penambahbaikan. Hasilnya kajian ini dapat membuktikan bahawa kursus Kajian Tindakan yang telah di ambil oleh graduan bidang pendidikan membantu proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik dan aktif.
JURNAL 2:
Membicarakan mengenai kajian terhadap interaksi pelajar dan guru di dalam kelas. Terdapat perbezaan di antara penglibatan pelajar lelaki dan perempuan di dalam kelas. Pelajar perempuan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam perbincangan dua hala dengan guru berbanding pelajar lelaki. Proses kajian tindakan berlaku secara berterusan sehingga kelas menjadi aktif dengan penglibatan kesemua pelajar dan penambahbaikan adalah dari sudut pengajaran guru itu sendiri supaya proses pembelajaran dan pengajaran tidak membosankan.
JURNAL 3:
Membicarakan mengenai fokus utama dalam pendekatan terhadap pelajar adalah penyelesaian masalah. Teknik yang digunakan adalah temubual dan kerjasama dengan pelajar, guru, mesyuarat,kerja dalam kumpulan dan latihan. Selain itu proses kajian tindakan iaitu merancang, bertindak,memerhati dan mereflek dilakukan sehingga penambahbaikan berlaku.
PERSAMAAN
Ketiga-tiga jurnal ini mempunyai persamaan dari segi reka bentuk kajian tindakan iaitu:
1) ketiga-tiga jurnal adalah jenis kajian secara kolaboratif
2) ketiga-tiga jurnal adalah berasaskan perkara yang berlaku di dalam P&P
PENILAIAN KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jurnal ini adalah jurnal kajian tindakan dalam pendidikan yang wajar dijadikan rujukan untuk bakal-bakal guru. Terutamanya teknik-teknik yang digunakan oleh oleh pengkaji dalam mengumpul dan menganalisis data.
7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
8. PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah kajian sosial yang dijalankan oleh sekumpulan yang terdiri daripada golongan profesional dan ahli-ahli bagi sebuah organisasi, komuniti atau rangkaian bertujuan untuk meningkatkan penglibatan peserta dalam sesuatu keadaan. Mereka memeriksa masalah, menjanakan ilmu yang relevan, mempelajarinya dan mengamalkan apa yang telah dipelajari. Kajian tindakan ini mengajar individu untuk meneyelesaikan sesuatu masalah dengan pelbagai cara dan metod serta dapat mempertingkatkannya dari semasa ke semasa.
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
“pengetahuan terhasil dan dinilai melalui tindakan”
Berdasarkan petikan di dalam buku ini, dapatlah dikaitkan dengan keadaan guru di dalam kelas. Guru menjalankan kajian tindakan di dalam kelas untuk:
1. Memperbaiki proses P&P.
2. memastikan proses penitisan ilmu ke dalam diri pelajar samada dapat dipraktikkan oleh pelajaratau tidak melalui tingkah laku mereka.
3. Menggalakkan pembaharuan dalam proses P&P
REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
1) Model Cogenerative
Gambar rajah di atas merupakan model cogenerative. menurut model ini ia mempunyai dua kumpulan yang utama iaitu:
-Orang-orang dalam iaitu fokus utama bagi setiap kajian. Mereka adalah empunya masalah itu sendiri
-Orang-orang luar pula ialah para penyelidik yang professional adalah mereka yang memudahkan proses yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan memberi sumbangan kepada wacana saintifik.
kajian ini mempunyai dua fasa iaitu fasa yang melibatkan penjelasan awal sesuatu kajian dan fasa yang melibatkan perubahan sosial dan pembinaan makna.
2) Sampel
Penduduk di kawasan desa
Komuniti di kawasan industri
Pelajar/komuniti Universiti
3) Setting Kajian
Penduduk di kawasan desa iaitu Desa Pembangunan di Barat Norway
Komunitidi kawasan industri yang mempunyai masalah organisasi dalam industri kooperatif
Pelajar atau komuniti di Universiti Cornell
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Kebiasaannya proses dalam sesuatu kajian melibatkan 1) mengenalpasti isu/ masalah / situasi 2) merancang tindakan 3) melaksanakan langkah-langkah tindakan 4) meninjau dan mengutip data Kajian Tindakan awal. 5) menganalisis data 6) memantau dan menilai 7) susulan untuk gelungan kajian kedua
(ALIS BIN PUTEH, KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH, 2008)
Menurut buku ini, prosedur kajian bermula dengan:
Searching
When is a process a search?
Creating a shared history and letting every participant understand how the world looks according to other groups of participant
Creating a shared vision about what is a desirable future or solution to the focal problem of the group
Creating a view of what would the probable future if nothing were done, sometimes this perspective might be integrated into the work on desirable future
Identifying action plans for addressing the focal problem
Creating a collective prioritization process in which participants choose among alternative action plants
Initiating concrete change activity and structuring a follow-up process aimed at sharing achievements and learning.
Preparing for the search
Planning and executing a search
ETIKAKAJIAN TINDAKAN
Etika dalam kajian tindakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Etika di dalam kajian tindakan adalah seperti berikut:
·Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehitidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli jawatankuasa kajian kecuali dengan kebenaran.
·Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka.
·Adalah dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat
kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.
(ALIS BIN PUTEH, KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH, 2008)
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN
Dalam buku ini, terdapat dua faktor iaitu kredibiliti dalaman dan pertimbangan luar. Kredibiliti dalaman ialah pengetahuan yang menjana sesuatu kumpulan. Manakala pertimbangan luar ialah pengetahuan yang dapat mempengaruhi dan meyakinkan orang lain untuk terlibat dalam penyelidikan ini.
Manakala kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian adalah merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran pada kali kedua (dan ketiga atau pada kali yang seterusnya) dilakukan, nilai yang diperolehi adalah serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
PENILAIAN TERHADAP BUKU INI
Buku ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Dari segi kebaikannya, buku ini memberi banyak contoh dan pengalaman pengkaji terhadap kajian yang telah dilakukan. selain itu, pengkaji banyak menyebut mengenai social science.
Dari segi kelemahan, buku ini tidak menyatakan etika kajian dan banyak mengetengahkan isu-isu mengenai sains sosial terutama dalam berorganisasi. Selain itu buku ini tidak banyak menyatakan tentang kajian bidang pendidikan dan hanya di Part 4 sahaja menerangkan mengenai bidang pendidikan. Ia juga tidak membicarakan secara jelas teknik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data.
Secara keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan rujukan bagi pelajar sains sosial tetapi perlu disokong dengan buku-buku lain bagi menambahkan kefahaman.
::Hamba Allah yang ditaklifkan dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumiNya dan sedang menjalani program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UKM 09, Major (PENDIDIKAN ISLAM) Minor (PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN)::