Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU ACTION RESEARCH

SOALAN :
  1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  2. MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN?
  3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    1. Model
    2. Sampel
    3. seting kajian

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    1. Instrumen kajian
    2. Teknik pengumpulan data
    3. Teknik penganalisisan data

6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)

7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)

8. PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah kajian sosial yang dijalankan oleh sekumpulan yang terdiri daripada golongan profesional dan ahli-ahli bagi sebuah organisasi, komuniti atau rangkaian bertujuan untuk meningkatkan penglibatan peserta dalam sesuatu keadaan. Mereka memeriksa masalah, menjanakan ilmu yang relevan, mempelajarinya dan mengamalkan apa yang telah dipelajari.
Kajian tindakan ini mengajar individu untuk meneyelesaikan sesuatu masalah dengan pelbagai cara dan metod serta dapat mempertingkatkannya dari semasa ke semasa.


MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

“pengetahuan terhasil dan dinilai melalui tindakan”

Berdasarkan petikan di dalam buku ini, dapatlah dikaitkan dengan keadaan guru di dalam kelas. Guru menjalankan kajian tindakan di dalam kelas untuk:

1. Memperbaiki proses P&P.

2. memastikan proses penitisan ilmu ke dalam diri pelajar samada dapat dipraktikkan oleh pelajar atau tidak melalui tingkah laku mereka.

3. Menggalakkan pembaharuan dalam proses P&P


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

1) Model Cogenerative


Gambar rajah di atas merupakan model cogenerative. menurut model ini ia mempunyai dua kumpulan yang utama iaitu:

-Orang-orang dalam iaitu fokus utama bagi setiap kajian. Mereka adalah empunya masalah itu sendiri

-Orang-orang luar pula ialah para penyelidik yang professional adalah mereka yang memudahkan proses yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan memberi sumbangan kepada wacana saintifik.

kajian ini mempunyai dua fasa iaitu fasa yang melibatkan penjelasan awal sesuatu kajian dan fasa yang melibatkan perubahan sosial dan pembinaan makna.

2) Sampel

  • Penduduk di kawasan desa
  • Komuniti di kawasan industri
  • Pelajar/komuniti Universiti


3) Setting Kajian

  • Penduduk di kawasan desa iaitu Desa Pembangunan di Barat Norway
  • Komuniti di kawasan industri yang mempunyai masalah organisasi dalam industri kooperatif
  • Pelajar atau komuniti di Universiti Cornell

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Kebiasaannya proses dalam sesuatu kajian melibatkan
1) mengenalpasti isu/ masalah / situasi
2) merancang tindakan
3) melaksanakan langkah-langkah tindakan
4) meninjau dan mengutip data Kajian Tindakan awal.
5) menganalisis data
6) memantau dan menilai
7) susulan untuk gelungan kajian kedua

(ALIS BIN PUTEH, KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH, 2008)

Menurut buku ini, prosedur kajian bermula dengan:

Searching
  • When is a process a search?
    1. Creating a shared history and letting every participant understand how the world looks according to other groups of participant
    2. Creating a shared vision about what is a desirable future or solution to the focal problem of the group
    3. Creating a view of what would the probable future if nothing were done, sometimes this perspective might be integrated into the work on desirable future
    4. Identifying action plans for addressing the focal problem
    5. Creating a collective prioritization process in which participants choose among alternative action plants
    6. Initiating concrete change activity and structuring a follow-up process aimed at sharing achievements and learning.
  • Preparing for the search
  • Planning and executing a search


ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Etika dalam kajian tindakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Etika di dalam kajian tindakan adalah seperti berikut:


· Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli jawatankuasa kajian kecuali dengan kebenaran.


· Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka.


· Adalah dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat

kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.


(ALIS BIN PUTEH, KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH, 2008)



KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam buku ini, terdapat dua faktor iaitu kredibiliti dalaman dan pertimbangan luar. Kredibiliti dalaman ialah pengetahuan yang menjana sesuatu kumpulan. Manakala pertimbangan luar ialah pengetahuan yang dapat mempengaruhi dan meyakinkan orang lain untuk terlibat dalam penyelidikan ini.

Manakala kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian adalah merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran pada kali kedua (dan ketiga atau pada kali yang seterusnya) dilakukan, nilai yang diperolehi adalah serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

PENILAIAN TERHADAP BUKU INI

Buku ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Dari segi kebaikannya, buku ini memberi banyak contoh dan pengalaman pengkaji terhadap kajian yang telah dilakukan. selain itu, pengkaji banyak menyebut mengenai social science.

Dari segi kelemahan, buku ini tidak menyatakan etika kajian dan banyak mengetengahkan isu-isu mengenai sains sosial terutama dalam berorganisasi. Selain itu buku ini tidak banyak menyatakan tentang kajian bidang pendidikan dan hanya di Part 4 sahaja menerangkan mengenai bidang pendidikan. Ia juga tidak membicarakan secara jelas teknik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data.

Secara keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan rujukan bagi pelajar sains sosial tetapi perlu disokong dengan buku-buku lain bagi menambahkan kefahaman.

Tuesday, May 12, 2009

NOTA MINGGU KEEMPAT (11 MEI 2009 )


Kajian eksperimental ialah kajian yang telah dilakukan tetapi tidak mempunyai penambahbaikan dalam kajian tersebut.

Kajian tinjauan ialah kajian yang dilakukan untuk mendapat input awal sebelum membuat intervensi.

Kajian tindakan pula dilakukan untuk penambahbaikan dalam sesuatu proses kajian.


KAJIAN KEPUSTAKAAN


Kajian kepustakaan ialah sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan serta dialkukan secara kritikal ke atas point-point.
Di dalam kajian kepustakaan terdapat 5 komponen penting iaitu:

1) membanding dan membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

2) menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa. ia merupakan satu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

3) menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

4) membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

5) sintesis

Menggabungkan idea, unsur, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

Saturday, May 9, 2009

AKTIVITI KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya..

8 sebab orang menentang perubahan:

  1. perubahan akan menyebabkan ketidakpastian.
  2. perubahan akan menyebabkan kegagalan.
  3. perubahan menyebabkan kekeliruan untuk membuat pilihan.
  4. perubahan menyebabkan ketidakselesaan.
  5. perubahan akan mengambil masa yang lama.
  6. perubahan berlaku secara kompleks
  7. terlalu obses dengan cara yang lama
  8. perubahan berlaku secara drastik.

Cara penyelesaian:

  1. memerlukan matlamat yang jelas
  2. perlu memupuk diri berani menghadapi risiko
  3. memupuk keyakinan diri dalam memilih satu pilihan yang tepatdan berani mengambil risiko setelah pilihan dibuat.
  4. memerlukan kerelaan hati untuk berada dalam arus perubahan.
  5. menetapkan jadual supaya perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat atau beransur-ansur.
  6. perubahan perlu disesuaikan dengan keadaan persekitaran.
  7. perlu berfikiran lebih terbuka.
  8. perubahan perlu dirancang dan secara perlahan-lahan
NAMA AHLI KUMPULAN

1)NUR ATIFAH BTE ABD. WAHAB (P48700)
2)HALINA BTE YUSOF (P48583)
3)NORBASIRAH BTE SAODI (P48616)
NOTA MINGGU KETIGA (4 MEI 2009)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Perubahan dalam pendidikan adalah tidak dapat dielakkan.
Menurut Oliver (1996) :
  • perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian, ini merupakan satu faktor yang menyebabkan ramai orang menolak perubahan.
Namun dalam bidang pendidikan segala ketidakpastian mestilah dielakkan kerana ia akan mengakibatkan keruntuhan masa depan generasi muda.

Dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan adalah bersifat dinamik dan bukan statik.

JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan.

  1. Perubahan ke arah peningkatan. Ianya memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru dan mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf.
  2. Perubahan strategik organisasi. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula misi, perubahan struktur dan strategi organisasi, mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.
  3. Perubahan reaktif. Akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan. Perubahan dilakukan kerana kesedaran dalam kalangan pengurusan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

1) EVOLUSI

Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

2) REVOLUSI

Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN MULTIDIMENSI

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1) tujuan perubahan
2) unit perubahan
3) sifat perubahan
4) magnitud perubahan
5) skop perubahan
6) jangka masa perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

  • MODEL PENGGABUNGAN ROGER(1995)
Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Namun ia tidak semestinya terhasil dari penyelidikan bahkan ianya mungkin terhasil daripada amalan praktikal.

  • MODEL KANTER (1998)
Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama.

  • MODEL RAND (1973-1978)
Tujuan utama ialah menentukan faktor yang menyebabkan perubahan pendidikan kemudian ia memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

  • MODEL ACOT
Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah.