Thursday, June 4, 2009

KULIAH KE TUJUH ( 1 JUN 2009 )

HAJAH HALIMAH HARUN

PEMBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

5 kumpulan yang terpilih telah membentangkan proposal kajian tindakan.

1) Tajuk kajian: Kaedah ilustrasi kartun bagi meningkatkan minat pelajar kepada subjek sejarah

2) Tajuk kajian: Kaedah aktiviti luar kelas (puisi dan pencarian harta karun) dalam meningkatkan minat dan penghayatan pelajar kepada kesusasteraan melayu.

3) Tajuk kajian: Kaedah penggunaan lagu dalam menguasai kata kunci.

4) Tajuk Kajian: Kaedah latihan bagi meningkatkan kemahiran menyanggol bola dalam sukan bola tampar.

5) Tajuk kajian: Kaedah smart reader, nyanyian, peer teaching dan CO dalam meningkatkan kemahiran cara pertuturan dan sebutan.


Tuesday, June 2, 2009

KULIAH PUAN SAKINAH ( 29 MEI 2009 )

Pada kuliah kali ini, Puan Sakinah telah menerangkan mengenai pengumpulan data. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk mengumpul data namun ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian itu.

3 sebab kenapa kita perlu mencapai kualiti yang tinggi dalam sesuatu kajian:

1) Tanggungjawab kepada pelajar

2) Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain

3) Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara yang bermanfaatseperti menambah ilmu pengetahuan dengan melakukan penyelidikan tindakan.

Ketiga-tiga sebab tersebut memerlukan ketelitian yang tinggi.

KRITERIA KUALITI

  • Kriteria di dalam mencari kualiti sesuatu kajian adalah serupa dengan kriteria jenis penyelidikan yang lain.
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti adalah kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

KESAHAN
  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Untuk mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

KEEBOLEHPERCAYAAN

  • Berkaitan dengan ketepatan data.
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data yang diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • Untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya "adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?" dan "bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data.


Cycle Action Research







MENGUMPUL DATA

  • Jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
  • Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

ALAT PENGUMPULAN DATA

  • Pemerhatian (videotape)
  • Nota guru (komen)
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  • Jurnal