Wednesday, April 29, 2009

NOTA MINGGU KEDUA(27 April 2009)

REKA BENTUK PROSES KAJIAN TINDAKAN

reka bentuk kajian tindakan adalah:
  1. Sebagai projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi.
  2. Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah

Menurut kefahaman saya, reka bentuk kajian tindakan ini terdiri daripada banyak gelungan dan asasnya adalah proses:

rancang--->tindakan--->pemerhatian--->refleksi

proses ini akan dilakukan secara berulang-ulang sehingga berjaya mencapai matlamatnya. Proses yang berulang-ulang ini akan membentuk banyak gelungan dan menunjukkan pelbagai pendekatan telah digunakan untuk memperbaiki sesuatu isu atau masalah.

Model Kurt Lewin

cycle 1: Plan--Action--Observe--Reflek

cycle 2: Revised plan--Action--Observe--Reflek

AKTIVITI 1

Refleksi Program Bina Insan Guru II

Masalah dalam diri saya ialah kurang menepati masa.


PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN

Merancang masa dan aktiviti yang akan dilakukan.


MATLAMAT UMUM

Melahirkan guru yang menepati masa dan mempunyai perancangan dalam hidup.

OBJEKTIF

Menjadi guru yang menepati masa

LANGKAH

  1. Mengenal pasti masalah ( masalah kurang menepati masa)
  2. Merancang
  3. Memantau (peranan kawan dalam melihat potensi diri semakin baik atau tidak)
  4. Menilai (memuhasabah diri samada matlamat telah berjaya atau tidak)

AKTIVITI 2

REFLEKSI MASALAH/PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Contoh:

Bab Sirah dan Tamadun Islam

Masalah: Teknik Bercerita

Penambahbaikan:

  1. guru perlu lebih banyak membaca berkaitan dengan sirah bagi memantapkan lagi ilmu.
  2. guru perlu mengetahui teknik bercerita dengan baik untuk menarik minat pelajar seperti intonasi suara

Strategi:

  1. menggunakan teknik tayangan video.
  2. teknik lakonan atau penciptaan skrip oleh pelajar.
  3. mewujudkan minggu bercerita dan pertandingan bercerita atau berlakon.








Saturday, April 25, 2009

NOTA MINGGU PERTAMA (20 april 2009)




Apakah kajian tindakan yang saya faham??Setelah mendengar kuliah Dr.Hjh Siti Fatimah menerangkan mengenai konsep kajian tindakan pada hari isnin,20 April 2009..saya mula membina satu konsep kajian tindakan menurut kefahaman dan versi sendiri..

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu proses seseorang guru itu memperbaiki proses P&P berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan data-data mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam proses P&P. Setelah proses pemerhatian dan pengumpulan data-data dilakukan, langkah seterusnya adalah memikirkan bagaimanakah cara untuk menangani masalah itu menggunakan pelbagai pendekatan. Pendekatan yang digunakan adalah untuk penambahbaikan dalam usaha memperbaiki proses P&P. Ini adalah bagi melahirkan guru yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah khususnya dalam bilik darjah dan sekolah amnya. Kajian ini merintiskan guru sebagai penyelidik.

Selain itu, kajian tindakan ini mempunyai gelungan atau kitaran tertentu yang terdiri daripada proses:

merancang ----> bertindak ----> memantau ----> refleksi

proses ini berterusan sehingga tercapainya matlamat yang diinginkan oleh guru.


JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

1) INDIVIDU

-Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu atau masalah di dalam kelas


2) KOLABORATIF

- Melibatkan lebih daripada dua orang, contohnya guru bekerjasama dengan guru yang lain dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek dan kerjasama guru dengan pihak luar. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH

-Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat sekolah.

4) DAERAH

- Guru bekerjasama dalam satu organisasi yang melibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat daerah.


TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

1) Membantu guru menambah baik proses P&P

2) Penggunaan kaedah baru dalam proses P&P

3) Membina kemahiran dalam melakukan penyelidikan

4) Jika dilakukan secara kolaboratif, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

Contohnya saya ingin mengkaji berkenaan pelajar yang lemah dalam membaca al-Quran. Maka guru akan membuat perancangan dengan membahagikan pelajar dua kumpulan. Guru akan bertindak dengan memberi tumpuan yang lebih terhadap kumpulan pelajar yang lemah dalam membaca al-Quran seperti dengan mengadakan kelas pemulihan. Kemudian guru akan memantau pelajar tersebut dari semasa ke semasa. Seterusnya guru membuat refleksi samaada berkesan atau tidak pendekatan yang telah digunakan. Sekiranya tidak berkesan, guru perlu mengulangi keempat-empat proses sehingga berjaya dengan menambahbaik dan mengubahsuai pendekatan.





Wednesday, April 22, 2009

ASSALAMUALAIKUM


Blog ini dicipta khusus untuk subjek GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN. Semua tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah akan ditulis di dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat walaupun sedikit kepada semua pengunjung.

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir